#19 AGENDA "MUHAMMAD" DI TANAH MELAYU Stáhnout

Odeslat svým přátelům
Přidat
  • Sortie le 26 oct. 2019

  • MENGETAHUI sejarah Ahlul Bait atau keturunan keluarga Rasulullah SAW ialah kunci bagi memahami tamadun, warisan, rahsia dan kekuatan masyarakat silam di alam Melayu. Ahlul Bait amat jarang dibincangkan di pentas wacana intelektual meskipun mereka membentuk jaringan ulama agung dan pendakwah unggul yang banyak menyumbang kepada kegemilangan masyarakat Melayu. Pengkaji yang banyak menerbitkan buku berkaitan sejarah alam Melayu dan Ahlul Bait, Tun Suzana Tun Othman, berkata kunci paling tepat untuk memahami masyarakat Melayu adalah dengan kembali menjejak sejarah Ahlul Bait. "Untuk Melayu kembali kepada asas kemelayuan adalah dengan melihat semula sejarah ulama daripada warisan silam kita yang kebanyakannya keturunan Rasulullah SAW. "Hal inilah yang saya alami ketika mengkaji Ahlul Bait sehingga daripada menghasilkan sebuah buku mengenainya, dalam tempoh enam tahun, ia berkembang kepada 15 judul yang mendedahkan aspek warisan Melayu, jati diri dan kefahaman agama Islam. "Ia mendorong saya untuk terus mengkaji termasuk pada era pra-Islam, zaman Islamisasi dan kedatangan penjajah terutama British di alam Melayu," katanya. Tun Suzana berkata, misi dakwah Rasulullah SAW tidak pernah terputus, bahkan diteruskan oleh ulama daripada kalangan sahabatnya yang mengembara ke seluruh dunia termasuk ke alam Melayu untuk menyebarkan Islam. "Manuskrip Hikayat Raja-Raja Pasai mencatatkan wasiat misi dakwah di Samudera-Pasai yang kebenarannya dapat dilihat melalui kedatangan Ahlul Bait ke alam Melayu. "Ulama berwibawa, Prof Hamka dalam bukunya ada menyebut sebelum abad ke-15, laluan perniagaan di Lautan Hindi melalui pulau Melayu keseluruhannya dikuasai orang Arab, bahkan lebih awal sebelum kedatangan penjajah Portugis, Alfonso de Albuquerque. "Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW membawa ajaran, tamadun dan budaya Islam secara berperingkat ke jaluran dagangan dunia Arab di Timur Tengah yang kemudian dilanjutkan ke Benua India, China dan Alam Nusantara," katanya. Menariknya, kedatangan Ahlul Bait ke alam Melayu kira-kira 900 tahun lalu bukan saja dengan misi menyebarkan Islam, bahkan membentuk tamadun dalam lingkungan kebudayaan Islam dengan pelbagai cara antaranya menerusi perkahwinan dengan anak Raja-raja Melayu yang kemudian memeluk Islam. Katanya, sejarah kedatangan Ahlul Bait ke alam Nusantara boleh dijejaki seawal abad ke-9 Masihi dan banyak faktor yang mendorong kepada kemunculan mereka terutama kedatangan itu atas titah Khalifah atau Syarif Mekah untuk mengislamkan negeri tertentu. "Kemunculan Ahlul Bait di alam Melayu boleh diklasifikasikan kepada dua gelombang, iaitu gelombang pertama dan kedua, namun pada permulaan bilangannya agak kecil dan semakin berkembang secara besar-besaran di rantau ini. "Pada kurun ke 13 Masihi, Pasai diiktiraf sebagai kesultanan Islam atas perintah Syarif Mekah pada era pemerintahan Sultan Al-Malikus Saleh dan baginda menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan di Arab. "Keadaan ini bukan saja memesatkan Pasai sebagai pusat perdagangan Islam yang terkenal, bahkan turut menerima ramai pengunjung dari dunia Arab, Parsi, India dan China serta berkembang sebagai pusat dakwah," katanya. Bagaimanapun, katanya, keunggulan Pasai sebagai empayar Islam terunggul tidak bertahan lama sebelum diambil alih oleh Kesultanan Melayu Melaka bagi menyambung legasi yang tersedia. "Kesultanan Melaka meletakkan ulama Ahlul Bait pada satu jawatan agama paling tinggi dan penting, antaranya Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Raja Melaka dengan nama Sultan Muhammad Shah dan menjadi guru agama peribadi kepada baginda selama lapan tahun. "Agama Islam acuan Ahlul Bait yang bersifat lembut, ehsan dan berseni serta cenderung kepada kesufian itu akhirnya membentuk jati diri bangsa Melayu yang unik. "Dalam naskhah Sejarah Melayu sendiri ada memaparkan kisah tokoh sufi Ahlul Bait yang menunjukkan status mereka yang amat tinggi dan berpengaruh serta dimuliakan di istana Melaka, antaranya termasuk seorang ulama sufi yang membantu Sultan Mansur membantutkan cita-cita kerajaan Siam untuk menyerang Melaka," katanya. Berbicara mengenai gelombang kedua kemunculan Ahlul Bait di alam Nusantara, Tun Suzana berkata, ia bermula sekitar awal abad ke-18 hingga abad ke-20 Masihi dalam suasana Islam sedang berkembang pesat dan sedang melalui proses kematangan.

Komentáře

  • Mohd Azhar
    Mohd Azhar il y a 10 mois

    Apabila Kita dengar nama Nabi Muhammad S.A.W... HENDAKLAH dijawab balas S.A.W.....

  • khrulsyzwn37
    khrulsyzwn37 il y a 10 mois

    Bang izzudin boleh masuk ml studio

  • Laiwandowski vyner
    Laiwandowski vyner il y a 10 mois

    Bila solat subuhnya seperti solat jumaat..maka pada waktu itulah kekuatan islam berada pada tahap maksima

  • stone cold
    stone cold il y a 10 mois

    jom solat subuh berjemaah dimasjid atau disurau....

  • fazly hadi
    fazly hadi il y a 10 mois

    Sebenarnya saya taksub tentang dunia melyu ni sejak lahirnya anak saya..dalam 9 tahun lepas..saya tiada berguru tapi kebanyakan benda yg berlaku selepas mengkaji tu memang masuk akal..sebab saya orang johor yg berkahwin dengan orang kedah..pernah menetap di sg petani 3 tahun..memang dekat ngan kawasan tapak arkeologi lembah bujang..namun,sy masih lagi mencari..susur galur dan lelehur kita..moga diberi kemudahan dalam pencarian

  • Eizzat Fahmi
    Eizzat Fahmi il y a 10 mois

    Inshallah suatu hari Melayu Islam takhluk balik segalanya . Ini Tanah Melayu Yg 97% Islam tidak mungkin melepaskan tanahnya kepada Kafir Laknatullah . Sesungguhnya . Moyang kami berbuat baik dengan anda , anda yg nk hancurkan . Dasar tak kenang budi . Terbukti kau orang lah yg betul2 zalim .

  • salam D
    salam D il y a 10 mois

    sifat Nabi Muhammad saw itu adalah kerna Agama Islam itu dan akhlak Al-Quran dalam diri Nabi.

  • Sinar Akhirat نيك صاات

    Bismillahirohmanirohim

  • mesut syahir ozil
    mesut syahir ozil il y a 10 mois

    Panji panji hitam akan bersama imam mahdi paling ramai dari nusantara? banyak ulama bg pandangan tentang hebat nya islam di nusantara , sifat nya , bahasa nya, ramai nya yang mengamalkan sunnah nabi SAW .

  • mohamad salleh Din
    mohamad salleh Din il y a 10 mois

    Tidak dipertikaikan bhw SYARI'AT MUHAMMAD saw telah disebarkan ke seluroh pelosok muka bumi hatta hingga ke Bumi Nusantara termasok TANAH MELAYU. Jika tak ada HADIS pun tentang hal demikian tetap tidak dipertikaikan disebabkan buktinya nyata apabila Majoriti RAKYAT NUSANTARA menganut SYARIAT MUHAMMAD dalam mempraktikkan ISLAM sebagai CARA HIDUP mereka justru adalah wajar kita MENGUTAMAKAN AJARAN ISLAM dan SUNNAH NABI disebabkan HAL DEMIKIAN ITULAH JAMINAN KE SYURGA.

  • Nakama Ken
    Nakama Ken il y a 10 mois

    Ulama' beri hint yg mudah buat kita diakhir zaman ni...bnyakkn selawat keatas Baginda Nabi Muhammad s.a.w krna ianya adalah mursyid bg kita semua...

  • FREKUENSI ANDISH
    FREKUENSI ANDISH il y a 10 mois

    Salam saudara Izzuddin. Teruskan usaha hebat saudara dalam mengupas pelbagai lagi jati diri melayu yang telah hilang dizaman, agar ramai sedar kehebatan perjuangan nenek moyang kita. 👍👍

  • Mad Amat
    Mad Amat il y a 10 mois

    8:44

  • Daushh FI
    Daushh FI il y a 10 mois

    Alhamdulillah.. Setiap kali saya menonton video Tuan Izzuddin, saya berasa bersemangat utk mengkaji sejarah kita yg terdahulu..

  • MBAN Metal Detecting Channel

    di tempat sy ada 1 makam yg mempunyai pertalian darah dgn Rasullullah SAW..makam Syed Hussain Al - Faradz ( penasihat agama Islam Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Muzzafar Shah I....

  • Faief Omar
    Faief Omar il y a 10 mois

    "Carilah umat ini 'di Hujung Mentari Terbit', aku sangat merindui mereka maka aku Wasiat kepada kalian semua wahai anak-anakku, supaya mereka 'di temui' dan mengikut Tauhid Allah semata-mata..." - Pak Brahim AS...

  • Anuar Al Yahya
    Anuar Al Yahya il y a 10 mois

    org Arab klu buruk perangai mmg seburuk2nya tp bila dah baik mmg tersangat baik...

  • Raja Amiruddin
    Raja Amiruddin il y a 10 mois

    negeri atas angin dialog p ramlee. byk lagi hint lain dlm filem p ramlee 😊

  • Jepang Nipon
    Jepang Nipon il y a 10 mois

    Panji panji hitam itu akan datang melalui Timur , sama ada duduk di Timur atau akan melalui kawasan di timur.......dan mereka akan ke kawasan negara Arab mencari imam Mahdi untuk dibaiah .

  • libas maut
    libas maut il y a 10 mois

    maka org2 melayu islam bersiap sedia untuk jihad fisabilillah demi mempertahan agama allah ini .... allah huakbar...allah maha berkuasa makhluk tiada kuasa insyaallah